Tuesday, September 04, 2007

Makanan pengaruhi mood?


Pernahkan kamu mengalami gejala emosi yang tidak menentu, sedangkan kamu tidak pula mengalami PMS pada waktu itu? Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh kesan pengambilan makanan harian kamu. Jenis makanan dan salah pilih makanan juga boleh menyebabkan kadar gula dalam darah tidak stabil. Kesannya, kamu cepat letih, pening dan agak beremosi. Agar perasaan dan emosi kamu terkawal, kamu boleh cuba mengubah corak pemakanan kamu dengan cara berikut;


1. Makan setiap lima jam - Selain menjadikan kamu tidak mudah lapar, ia juga boleh menjamin bahan bakar di dalam tubuh dan otak kamu kekal mencukupi!


2. Awasi pengambilan karbohidrat - Seperti yang terkandung di dalam biskut dan soda. Ia boleh menyebabkan gula dalam darah melonjak seketika dan menurun secara drastik dalam waktu yang singkat.


3. Lebihkan serat - Seperti sayur dan buah-buahan untuk membantu memperlahankan penyerapan gula. Malah stamina pun akan bertahan lebih lama.


4. Tambah protein - Penambahan protein boleh mencegah penyerapan karbohidrat terlalu cepat.


5. Perbanyakan omega-3 & vitamin D - Seperti ikan salmon dan kuning telur. Banyak kajian menunjukkan bahawa keduaduanya mampu meredakan stress dan menstabilkan emosi.
P/S: Ada org tuh...dia makan sket pon...tp, berat badan xturun²...nape ek????

30 petua kukuh ikatan cinta

MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di dunia ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan bercinta.
Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.
- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.
- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan. - Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.
- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.
- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.
- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.
- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.
- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.
- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.
- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.
- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.
-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.
- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

Romantis


Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah. Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka. Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.


1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.


Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”


2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.


3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.


4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.


5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.


6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.


7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.


8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.


9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.


10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.


11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.


12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.


13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.


14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.