Tuesday, December 04, 2012

Malas?

Kalau dh mls sangat, tak payah keje. Duk umah je.

Tuesday, November 27, 2012

Hello... Birthday gurl in da house...

Smlm, my birthday yg ke 'tetttt'.

Ramai yg wish. Family, kawan2, ofismet & x lupa juga osmet.

Terharu sangat2 dgn ucapan & doa dr korg semua. Thank you byk2.

Utk osmet juga, thanks sgt. Siap prepare suprise party lg kat akk ni. Dh nk tido, tetiba ketuk bilik akk. Ms akk x tido lg, buat tatau je ye. Assume korg lupa sbb bz dgn wedding kakak awk kan? Rupa2 ada agenda lain ye.

Dgn cake nye, candle nye, makanannya, hadiahnya. Masa bila dorg buat keje ni pon tatau la. Anyway thnx sgt. Really appreciate it. I love u all.

Saturday, September 29, 2012

Betul..betul...betul...

Td aku ada baca post org kat fesbuk. Dan terjumpa la post di bawah ni....

Selalu aku ada jumpa org yg taksub dlm sesuatu perkara...
Pernah satu ketika, kawanku ada mengeluh pasal income tax yg kena byr terlalu banyak dan dia mengomel sorg2 katanya kerajaan tak patut membebankan rakyat. Then ada la sorg hamba Allah ni leh sound budak yg tgh stress tu " kalau rasa dh x suka kerajaan, tak reti nk bersyukur dgn apa yg kerajaan dh bagi, jgn duduk Malaysia lah, pi pindah duduk negara lain la yg mana kerajaan x membebankan rakyatnya"... Kalau mcm tu, aku pon boleh sound balik cmni lah ye? " kalau dh tak nak ikut perintah Allah, suka pertikaikan hukum Allah, tak payah duk kat bumi ni la. Bumi ni sape punyer? Allah kan..." setakat tak suka kerajaan tu, apa ada hal? Patuh kpd Allah tu lagi utama. Sbb Dia yg menjadikan kita dan seluruh Alam ni. jd bersyukur la kpd Allah. Jgn kufur nikmat.

MasyaAllah...aku yg dengar tuh mengucap pjg... Giler taksub dia pd kerajaan yg ada skrg...aku ni bukannya nk bangkang kerajaan pon, sbb kalu aku bangkang, xde nye aku register nama dlm puteri ... Tapi, kadang kita kena sntiasa waras dlm berfikir. Tak semua apa yg kerajaan buat tu betul. Manusia ttp ada khilafnya. Dan kita pilih la yg mana baik, tolak yg mana buruk...Jangan la semua nk sokong membabi buta. Dan yg paling penting yg perlu kita igt, bukan ' kerajaan ' yg beri rezeki kpd kita, tetapi Allah. Tak kisah la siapa pon yg jadi kerajaan. Samada kerajaan sekarang, atau kalau pmbangkang yg menang pru nnti, mereka pulak naik jadi kerajaan. Kena igt satu perkara, tanpa rakyat yg memilih, kerajaan tu bukan apa2. Jalankan amanah memimpin rakyat. Bukan menindas rakyat. Semua pasal bajet 2013 smlm la ni.




Friday, September 21, 2012

Sudah makan, lupa bayar

Selalu sgt jmpa org cmni. Kadang bukan ter'lupa', tapi buat-buat lupa nk byr.

Dah makan kenyang, pastu buat derk je.

Agaknya smpai dh jd tahi pon, still lupa nk bayar. Ada tu smpai dh jd darah daging... Kalau x byr jg hutang dibawa ke mati.

Jaga2... Bnda yg melibatkan darah daging nih, jgn buat main2. part tubuh badan ni la yg nk mnjawab di akhirat esok. Jgn sampai darah daging kita tumbuh dr bnda yg haram.

Peringatan utk diri sndiri juga! Kadang g kedai minum air, lupa gak nk byr. Tp esoknya terus pergi byr dan minta maaf krana terlupa. Manusia mmg mudah lupa.

Wednesday, September 19, 2012

Cakap tak serupa bikin... Bikin panasss!

Next time, kalu rasa tak boleh tepati janji, jangan berjanji! Mmg janji x ditepati punye kes ni!

Dah mnyusahkan org, buat derk je...

Lenkali, kalo org lain plak kenakan ko cmni. Baru tau langit tu tinggi ke rendah. Tunggu je la masa tu sampai.

Akan ku ignore panggilan telefonmu di kala itu. Rasakan!

Update from my Ipod Touch ❤

Thursday, March 15, 2012

Oh malunya...

Sob sob...
Aku ni jenis wat sesuatu keje, main ikut suka ati aku je. Tak pandang kiri
kanan....

Tgh duk syok belek gigi2 aku yg didakap oleh besi ni dlm cermin mekap, x perasan pulak ada org duk perati. Ohh muka terasa bahang... Bye!

Wednesday, February 29, 2012

Mcm budak skolah, kena beratur...

Haishhh... Dh kuar umah awal, tp still smpai lmbt ke opis. Lalulintas mmg xleh nk jangka. :(

Sunday, January 01, 2012

New Year lagi...

New year, new year, new year...

Tahun lps pun kita new year, tahun ni pun new year, tahun depan pun...InsyaAllah kita new year lg, jika diberi kesempatan oleh Allah.

Ada apa dgn New Year? (macam 'ada apa dgn cinta' je..hhehe)
New year tiada apa2...sekiranya kita sendiri masih di takuk lama... tidak berubah ke arah kebaikan, malah jadi lebih teruk dr tahun2 lepas...

Kenapa sambut New Year?
Ikutan siapa yg kita ikut utk smbut new year? Budaya siapa yg bawa sambutan new year ni?
Kedatangan tahun baru Hijrah, aku rasa takde la org bersemangat sangat pon nk celebrate? Betol?

Apa yg kita dapat dgn bercampur gaul bukan muhrim,konon nk sambut new year. Semangat baru la kononnya kan smpena tahun baru. Azam baru...azam utk menambahkan lg dosa yg sedia ada dgn dosa2 melawat ke tmpt2 penuh maksiat tu. Ada peluang raba2 org di antara org ramai apa?. Bila lagi nk grab peluang cmni... Oh hari pertama dlm tahun baru ni dh sia2 buat dosa terkinja2 layan konsert artis, bersentuhan laki pompuan bukan muhrim, cuci mata tgk aurat2 yg terdedah. Balance 364hari lg, belum tahu lg kita manfaatkan sepenuhnya atau tidak. Hampir segenap Klang Valley duk sibuk nk smbut new year. Dekat i-city Shah Alam, KLCC, Sunway Piramid, etc. Dapat lihat bunga api duk meletop2 kat Sunway Piramid tu dr balcony umah aku ni. Org tua cam aku ni maybe tak kisah bunyi bunga api dung dang dung dang kebabooommm tu. tp kalu sape ada anak kecik yg tgh tidur, tak ke terkejut budak tu dgr bunyi tembakan mercun bunga api tu?

Oh jgn salah faham, aku bukan anti-social. Dan aku juga bukannya alim sangat. Cuma jika sesuatu perkara tu, kita lakukan smpai di luar limit sepatutnya, aku rasa sambutan tu tak patut ada pon. Kita diberi akal utk berfikir dan diberi nikmat Islam utk dijaga sebagai seorg muslim yg mukmin. Lantak ler org kafir nk sambut.Kenapa kita perlu nk ikut sama? Bukan budaya kita. Ini tidak, org smbut Krismas, kita pn nk smbut, org smbut Gong Xi Fa Choi, pon kita sambut... dlm Quran ada mengatakan " Lakum dinukum walyadin " utk kamu agamamu, dan aku dgn agamaku...

1Malaysia la sangat kan! Niat tak pernah sesekali menghalalkan cara. kalau kata festive2 macam ni adalah utk mengeratkan silaturrahim...aku tak nampak pon kesan positifnya. Banyak yg negatif dr positif. Abis2 sambut, pastu pakat duk melepak mcm org takde rumah, buang sampah merata2, ada plak yg sambung dgn parti liar. Yg teruna sibuk duk ushar si dara. Yg si dara duk gedik2 nk tarik perhatian si teruna...last2 kau goda aku, aku goda kau...lain plak sambungan ceritanya nnti. Bertambah2 kes anak tidak saf taraf dan pembuangan bayi.

Wahai kawan2 ku sekalian, aku berdoa semoga tahun ini membawa kebaikan kpd kita semua. Sudah2 la nk enjoy lebih2 sangat. Aku mengaku, aku sendiri sukakan hiburan. Mmg lumrah manusia sukakan hiburan. Tetapi kita ada had/limit yg kita kena jaga. Jgn melampau dlm sesuatu perkara. Bersederhanalah! Ajal tak mengenal usia. Bala Allah pon,jika nk diturunkan tak pilih siapa jahat siapa baik. sekali diturunkan bala, semua org akan terlibat. dah tak sempat nk pilih2 dah...Igt la, kita di akhir zaman...godaan dunia semakin berleluasa.Itulah janji Dajjal kpd Allah.

Jadikan iktibar kes2 bencana yg telah berlaku di dunia ni....Tsunami di Acheh & Jepun, banjir besar di Thailand, tanah runtuh, etc. Syukur kat Malaysia ni, bencana yg diuji Allah taklah seteruk negara lain. Banjir di negara kita tak seteruk di tempat lain. Allah bagi warning pon kita tak sedar. Wat derk je. Sronok sgt buat jahat di muka bumi Allah ni. Tak sedar yg diri tu menumpang je. Jadi besar kepala lebih2 yg ada pangkat dan nama tu. Hukum Allah pun sanggup dipersendakan. Perasan diri tu dh berkuasa sangat.

And kepada kawan2 ku yg mana on-off pakai tudung tu, bwk2 la belajar pakai balik tudung tu. time belaja dulu elok je pakai tudung, now dh terbang semuanya. Aku tak tuju kat sape2 directly. Teguran ni secara umum, bkn nk sindir or hukum kalian. Cukuplah hukuman Allah utk kalian. Aku x layak nk hukum kalian. Aku cuma mengingatkn sbg sorg kwn yg syg kawannya dan taknak kawannya terus hanyut dgn dunia ni. jgn hanya pakai tudung sbb nk ikut tema majlis je. Pakai sbb ianya satu syariat yg wajib dan dituntut dlm Islam. Jgn sesekali ckp, 'belum smpai seru' , 'saya xnk hipokrit', or segala macam lg alasan sbb xnk pakai tudung. Kalu anda ckp xnk hipokrit... Anda sememangnya hipokrit! Kerana mengaku Islam, tapi tidak mematuhi syariat Islam. "dun't judge book by it's cover"... Ye mmg kita tak boleh menilai org dgn tgk luaran, tp dlm agama, luaran anda itulah cermin kpd dalaman rohani anda. " kadang org free hair lagi baik tingkah laku dan byk menolong org dr yg bertudung"... Ye, anda baik tingkah laku sesama manusia, tetapi zalim kpd Allah. Anda takde beza dgn wanita2 kafir di luar sana. Sbb ramai je wanita kafir yg baik, byk menderma, tp tidak menutup aurat... So ada beza tak? Sampai bila2 kebaikan yg dibuat tidak mendapat rahmat dr Allah.

Pentingkan yg LEBIH PENTING dr yg penting! InsyaAllah yg selebihnya nnt akan menjadi lebih mudah.

"tapi walau tak bertudung, saya tak tinggal solat"... Yes, jawapan ni yg biasa aku dgr.... Kalau anda tak pernah tinggal solat yakni tiang agama, knapa anda masih tidak bertudung? Apa yg anda dpt dr solat anda? Adakah solat anda berlubang2 atau bocor di tengah2. Solat itu adalah tiang dan pendinding kepada segala kejahatan. Jadi fikir2 kan lah. Semua dh besar & diberikan akal beserta iman.

Mari kita muhasabah diri. Don't wait for the right time to change, bcoz the time will never b just right! Jgn kita menyesal di kala Izrail dtg menjemput kembali kpd Pencipta, kerana ketika itu, sesalan sudah tiada guna.

Tak perlu nk kejar pahala yg besar2... Setelkan dulu perkara yg mudah utk dilaksanakan. Bukan suruh pegi berperang pun. :)

Update from my Ipod Touch ❤