Thursday, June 20, 2013

He's not mine!

Ya Allah, jika dia benar untukku,
satukanlah hati-hati kami, 

Namun Ya Allah,
Jika kau ciptakan dia untuk orang lain, dan aku untuk orang lain,
maka kau lupuskanlah segala ingatanku daripada mengingatinya
Amin Ya Rabbal Alamin...❤


Wednesday, June 19, 2013

Kena halau?

Huhu..sbnrnya blm dihalau lagi...tp hint dah ada...

My dear landlord nk jual umah yg aku tgh sewa skrg ni. Start sewa umah  ni frm 2007 till present. Lama tu...
Dia kata dia akn beri notis 1-2 bln b4 aku kna move out.
Tp cara dia bgtau, call aku pagi2 time aku kat opis, mcm dh tak dan-dan nk suh aku blah....
Blah la wei!

Td g tgk umh sewa yg lain kat court 10. Cantik. Partially furnished. Parking ada2 lot. Tp....

Tapi... Sebab si madam yg mabuk ketum tu ckp tak jd nk jual rumah dlm ms terdekat ni...and suh aku & the gang "enjoying living" here la sgt, aku terpaksa cancel umah yg nyaris2 aku nk book td. Coz i cant afford to pay both houses at the same time, and takut burn deposit umah skrg ni, so terpaksa la putih mata, dan layan kan je perangai dia yg ntah pape tuh...

Bengong!

Wednesday, June 12, 2013

Sendiri Aku

Sendiri aku...
Bukan kerana aku terlalu memilih,
Tidak pada rupa, mahupun harta, atau pangkatnya...
Cuma aku memilih imamku utk membawa aku ke SyurgaMu ya Allah... 
Bukan yg mengheretku ke NerakaMu...

Bukan...bukan...
Aku bukan terlalu memilih kesempurnaan, 
Kerna aku juga kekurangan...
Cuma yg aku harapkan hubungan saling lengkap-melengkapi...
Kerana kuyakin di luar sana ada insan yg boleh menjadi imamku dan membimbingku dari terus hanyut di duniaMu ya Allah.

Siapalah aku utk meletak syarat siapa imamku,
Sedangkan aku bukanlah sehebat Siti Khadijah,
Tidak pula secantik Balqis,
Jauh sekali setabah Sarah & Rabiatul Adawiyah...
Namun akan kucuba menjadi setulus Zulaikha .

Sendiri aku...
Kerana takutnya aku menempuh hidup dgn org baru dlm hidupku,
Sedangkan keliling ku byk kisah duka & pancaroba rumahtangga...
Mampukah aku?

Dapatkah dia menjadi suamiku?
Atau aku yg menjadi suaminya?
Tertanggungkah tanggungjawab?
Teguhkah dirinya utkku berpaut?
Sungguh, aku memerlukan seorang hero, bukannya heroin dlm cerita ini.

Sendiri aku...
Biarlah masa menentukan segala.
Tidak guna berdua akhirnya porak-peranda...
Tidak guna bertiga jika tidak pandai mengurus masa...

Bukan menidak lumrah manusia...
Tetapi, jika itu takdirNya, ku serah segala...
Jika itu terbaik utkku, sesungguhnya perancanganNya adalah yg paling terancang di alam semesta...

Sendiri aku...
Aku tidak sendiri,
Aku ada Dia...
Ya, Dia ada untukku,
Selagi mana aku tak melupakanNya.

Sendiri aku...
Ya Allah,
Jika takdirMu utkku telah tertulis begitu,
Usahlah Kau biarkan ku terkapai2 mencari redhaMu...
Lindungilah aku, temanilah aku & sayangilah aku...
Betapa aku lebih SENDIRI jika aku tanpa MU....


Monday, June 10, 2013

Very the plastic!

Ini la org kata,

"Depan2, pijak semut tak mati, kat belakang, perangai... Allahurabbi!"

Bagi org luar yg xkenal ko, maybe dorg akan pikir ko la org paling baik/paling sopan atas muka bumi.

Tapi dorg sebenarnya tatau, ko la org paling plastic/hipokrit yg sgt konkrit!
Org yg xkenal boleh la ko tipu.

Dgn org luar, ko ckp pnya sopan & ayu giler. Tp dgn sedara sendiri, ko kutuk2 & maki. Kesian org yg blm kenal ko tu, btol2 dh tertipu.

Nxt time kna igt, dahulukn keluarga dr org luar. Time ko susah nnt, sape yg akn tlg ko? Sedara ko jgk. Bkn kawan2 ko yg ko duk jaga hati sgt tu. walau dh rs diri dh blh berdikari, jgn la smpai buang/benci keluarga sndiri. Jgn jd kacang lupakn kulit. Hidup ni kena kenang budi!

Sunday, June 09, 2013

Karma & Sensitiviti

Hak hak hak...aku nk tergelak tengok status dorg kat FB ni...

Sebelum ni bukan main lagi kutuk aku sbb aku makan fastfood. Dia tatau menu fastfood yg biasa aku order tu adalah bubur ayam, lebih specific lg, bubur ayam mekdi. Kekadang aku order mashed potato kepsi. Sebab apa? Sebab...di awal fasa aku pakai braces ni, aku xleh mkn makanan yg keras2. Yg lembut2 je, yg boleh ditelan terus. 

Dats why kalu lps opis kekadang aku call je suh delivery menu2 yg aku nk mkn tu...

Tp ada la plak makhluk ni tak puas ati aku asyik makan fastfood delivery ni. Siap ceramah bagai kat aku. Ohh damn...mcm ko bagus sgt tak mkn. Next time sebelum nk sniper org, check diri sendiri dulu boleh?

Tengok2 dia sendiri pon mkn fastfood, siap upload gambo anak2 skali tgh duk mkn. What the heck! Kan dh terkena atas batang hidung sendiri. Tu la...lain kali jgn rs diri tu dh kebal sgt. Betulkn diri sendiri tu dulu sblm nk betulkan org lain.

Now aku dh xde kena mengena dgn mekdi. Kalu pandang pon dh xde aura yg buat aku tertarik pon. Semua berpunca sejak kes perang aritu. Byk gambar2 mujahidin yg aku tgk kat berita, FB, paper...aku x sanggup. Air mata selalu je bertakung. Paling menyedihkan tgh kepala baby yg tak berdosa berkecai kena peluru zalim israel. Aku berhenti membeli & memakan mekdi bukan atas paksaan sesiapa, tetapi ats inisiatif aku sendiri. Aku taknak duit yg aku byr utk makanan tu, dilaburkan utk membunuh umat yg seagama dgn ku. Aku mungkin bukan muslim yg baik, dan tidak seberani mujahid yg pergi berperang fi sabilillah. Tapi atleast, aku berjaya menahan godaan utk tidak terus dipengaruhi oleh agenda Yahudi tanpa sedar dgn membeli produk mereka.

Ada yg ckp kat aku..." Kalu nk boikot, semua patut boikot, ats dunia ni susah nk cari product bukan israel". Haaa...tau pon ko byk produk israel, abis ko buat apa? Ko sokong la ye? Tak boleh nk boikot semua, sekurang2 nya ko tunjukkan la yg ko pon ada sensitiviti sket. Ni tak, semua produk israel ko rembat jek...padahal ada lagi produk tempatan yg lebih kurang sama, cuma brand nya tak la femes mcm yg telah dijaja pihak yahudi tu.

"Kalau tak beli, kesian la kat org2 Islam yg keje kat situ. Bila kurang demand, kurang produktiviti, kurang untung, mcmana nk gajikan mereka?"  Kalo ko kesiankan mereka, ko beli je. Aku tak halang, aku tak marah. Tapi jgn la jebakkan aku skali dgn sikap prihatin ko tu. bukannya aku tak kesiankan dorg, aku pun ada sedara keje kat francais makanan segera tu. tp adakah disebabkan aku ada seorg sedara yg kerja di situ, aku perlu pergi beli makanan kat situ hari2 utk menguntungkan francais tu supaya boleh byr gaji sedara aku tu ke?

"Francais kat malaysia mana sama dgn yg oversea."
Memang la, dari segi kehalalan, mmg aku tak ragui. Mmg diakui HALAL oleh JAKIM. cuma logo/brand yg dibawa tu. Abis logo yg digunapakai tu, bukan ke sama ke dgn yg oversea tu. bukannya kita sebut mekdinah. Still nama yg sama kan? Mksudnya, walaubagaimanapun, sedikit dr hasil jualan tu akan disalurkan ke 'sana' kerana meminjamkan logo yg terkenal tu, utk mempromosikan jualan. Aku bukannya org sales ke apa, tp aku paham la juga sikit2 pasal branding produk ni.

Thats my concern. Kalau ada yg tak puas ati dgn aku, korg boleh proceed mkn semahu-mahunya. Aku tak pernah marah korg nk mkn, aku tak halang. Tapi jgn heret aku skali. Sbb aku tak boleh nk bayangkan jika mujahid yg terbunuh tu, adalah salah seorg yg aku sayang, yg aku kenal, yg ada pertalian dgn aku. Mati dengan duit yg aku byr sekadar utk puaskan nafsu tekak aku ni. Aku rasa aku tak mati lg kalau setakat tak dpt makan  burger & bubur dr company tu. Mungkin ada antara kita tak begitu sensitif, sebab tidak berlaku di kalangan kita sendiri. Aku tak mampu utk menjawab di akhirat nnt kenapa aku sokong dgn membeli makanan dr sykt francais tu yg mana menyumbangkan dana utk membunuh sedara2 Islam ku di bumi Palestin. Amal & ibadatku belum cukup byk utk menutup 1 kesalahan aku membunuh nyawa sedara seagamaku yg tak berdosa. Cukuplah aku buat sikit2, tetapi ia akan membuahkan hasil, daripada bercakap mengutuk2 yg langsung tak membantu. And please, jgn sesekali memperlekehkan niat suci aku ni.

Aku tak mampu utk pergi berperang di medan perang, tetapi, InsyaAllah aku mampu berperang dgn nafsu tekak ku sendiri.

Thursday, June 06, 2013

Keropok lekor...kisah di sebalik.

Nyum-nyum...lama dh x makan kopok lekor. Almaklum la...orang ganu sgt sinonim dgn kopok lekor. Tetiba je teringin nk mkn kopok lekor. Tadi dh call adik utk pos kopok segera ke sini. Kopok segera takpe main pos-pos ni...kopok lekor, alamaknya basi dulu la.

Ramai juga kawan2 tnya, "dh tak bisnes kopok lekor ke?"...hoh! Sejak bila aku berbisnes kopok lekor? Setahu aku, selama ni aku tlg belikan je. Takde amik untung apa pon. Malah makin rugi ada la...rugi duit minyak & haus tayar kereta sbb berat bw kopok lekor dlm boot dr ganu smpai KL. Tapi tak kisah la sgt, sekadar nk meng'happy'kan kawan2 aku sanggup je. Aku bukan nk minta upah apa pon. 

Tapi...aku agak kesal kekadang ada di antara kengkawan ku yg amik kesempatan di atas kesudian aku merealisasikan impian tekak mereka utk mkn kopok lekor. Sampai kekadang tak bertimbang rasa langsung, siap nk main kirim kopok lekor walaupon kekadang aku balik ganu dgn belon. Deyyy! Ko nk mkn sgt, pi ganu la mkn puas2, fresh from oven kot...

Yg paling mengharu-birukan perasaan aku utk takmo amik order kopok lekor lg sbb ada insiden org kirim, dah makan, dh jadi taik, tapi tak byr smpai ke sudah...langsung takde rasa bersalah. Aku bukan kisah sgt pon setakat tak byr RM 5 / RM 10 tu. Aku boleh je nk sedekah kalau amaun mcm tu. Yang aku bengang sbnrnya bukan nilai kopok lekor. Tapi nilai kesusah-payahan my daddy pi tolong beli kopok lekor tu kot. Agak2 la weiii. Ko msj aku utk belikan kopok lekor utk ko, sedangkan aku baru je pulang dr tmpt jual kopok lekor tu. Then bila aku dh xlarat dan ayah aku sggup pergi belikan kerana dia bimbang ko 'mengharap' sgt nk mkn, aku rs serba salah sgt dgn ayah aku. Demi menjaga hubungan baik aku dgn kawan2 ku, dia sanggup offer diri utk pegi beli. TERHARU seyhh. Lagi terharu sbb dia cepat2 tinggalkn kerja dia, pergi mandi dan bersiap utk terus ke kedai kopok lekor tu. Time tu HUJAN LEBAT kot! Walau dgn menaiki kereta, tp memandangkan hujan lebat, ayah aku yg tua tu agak terganggu dlm pemanduannya. Kesian. Kalau jadi pape padanya ketika otw ke kedai kopok tu, aku mmg tak boleh maafkn org yg menyusahkan ayahku tu.

Smpai sekarang, tiada apa2 feedback drpd si pulan bertanyakan pasal bayaran kopok lekor yg dimakannya. Aku bukannya AhLong/ ceti yg akn pergi kutip hutang...hey, kalau kau dh mkn, kau byr la! Takkan itu pon nk kna bgtau. Aku paling pantang kalau org yg tak sensitif pasal makan benda haram ni. Kenapa? Igt benda yg haram dimakan tu babi je ke? Mcm2 lagi benda yg haram jika dimakan...makan binatang yg tidak disembelih secara Islam pon adalah haram. Makan benda curi pon haram. Mkn makanan org lain tanpa minta izin tuannya pon haram.

Jadinya, beringat2 la...jangan ambil mudah dlm soal makan minum ni. Jika berhutang, cepat2 lunaskan. Daging yg tumbuh dari benda haram, akan meninggalkan titik2 hitam di hatinya. Sebab tu la hati jadi gelap sampai tak boleh beza mana satu haq, mana satu batil.



Wednesday, June 05, 2013

Jom belajar faraid...

Hurmmm... Sape tau apa tu faraid? Sblm ni aku hnya tahu faraid ni adalah salah satu cara pembahagian harta kpd pewaris...betul tu. Wasiat tu apa plak? Ramai yg konfius antara wasiat dan faraid harta pusaka. Aku baru je tahu dgn lebih detail pasal ni tadi. Itupon sbb aku bertanyakan adik aku tentang satu study case pembahagian harta.

Wasiat tu tak sama dgn pembahagian harta pusaka kepada waris yg tinggal. Wasiat itu adalah pemberian harta kpd BUKAN pewaris slps si mati meninggal. Oohhh mcm tu. selama ni aku igtkn wasiat tu sama je dgn pembahagian harta kpd si waris selepas mati. So, maksudnya, kalau tak buat wasiat pon, kalau si bapa mati, secara otomatik harta pusakanya diwarisi kpd pewaris sekiranya dia masih mempunyai waris yg masih hidup. Dan pembahagian harta pusaka tersebut perlu la mengikut faraid spt yg telah dinyatakan dlm al-Quran. Jika tidak mahu mengikut kadar faraid 2/3 utk anak lelaki & 1/3 utk ank perempuan(sekiranya mempunyai anak lelaki & perempuan), boleh la dibahagikan sama rata dengan syarat semua anak2 redha dgn pembahagian sama rata tersebut. Jika salah seorg membantah, maka perlu kembali kpd faraid semula. Dan sekiranya hnya ada waris tunggal(sebatang kara tiada sedara mara lain) maka seluruh harta hanya layak utk waris tunggal itu. Dan jika si mati langsung tiada waris yg masih hidup, maka harta akan disalurkan ke baitulmal.

Orang kita selalu je duk pening2 pasal wasiat kan? Jika mati, mcm mana nk bahagikan harta kpd anak2. Tu la... Sbb kita selalu disajikan dgn drama2 TV yg mana dtg seorg lawyer membacakan wasiat si mati, anak pertama dpt banglo la, anak kedua dpt beskal shj, etc. Semua tu tipu belaka, sure director tak buat study kes sebelum mengarah. 

Padahal kalu si bapa mati, anak2 tak perlu risau tentang harta si bapa, kerana harta tersebut boleh dibuat pembahagian cara faraid yg pastinya adil kerana ia adalah dr Allah. Tak ada istilah wasiat utk pewaris, kerana pewaris tetap mendapat bahagiannya. 

Contoh pembahagian wasiat adalah mcm seorg bos sgt syg kpd pekerjanya, dan ingin memberikan sedikit hartanya( max 1/3 dr harta keseluruhan shj) kpd pekerjanya itu, kerana bila matinya si bos, dia tahu bahawa pekerja kesayangannya mmg takkan dpt apa2 bahagian daripada harta yg ditinggalkan dan pekerja tersebut tidak boleh menuntut peninggalan boss nya tanpa sebarang wasiat. Jadi, utk membolehkan pekerja tersebut mendapat bahagiannya, si bos perlu membuat wasiat supaya bahagian yg pekerja dapat tersebut tidak akan dipertikaikan oleh pewaris yg lain. Dan jika waris membawa kes ke mahkamah pon utk menarik balik hak pekerja tersebut, ianya tidak valid lagi kerana wasiat tersebut mmg valid jika mengikut prosedur yg betul.

Ada satu lagi kes jika si bapa benci dengan salah sorg anaknya, dan langsung tidak mahu meninggalkan harta pusaka kepada anak yg dibenci, sedangkan ank tersebut layak mendapat bahgiannya. Untuk kes mcm ni, ada 2 option je adik aku ckp:

1. Si bapa perlu memastikan yg ank yg dibenci tersebut tidak terus hidup selepas kematian si bapa tu. Dengan kata lain, si bapa perlu BUNUH shj ank yg dibenci itu sebelum dia meninggal. Benci macamana sekalipon, siapalah si bapa utk menafikan hak si anak dan menidakkan hukum Allah? Jadi jika taknak anak itu merasa harta pusaka, maka bunuh sahaja.

2. Si bapa perlu memberikan hibah( hadiah) kepada semua anak yg disayanginya selepas menyelesaikan segala hutang piutang yg masih ada. Pastikan si bapa menukar nama pada setiap harta kepada nama2 ank/org yg disayanginya. Jika ada harta seperti wang tunai, hadiahkan semua kepada anak2 yg ditatang. Langsung jgn hadiahkan kepada ank yg dibenci( KEJAM KAN? ). Pastikan si bapa papa kedana tidak berharta tetapi tinggalkn sikit utk pengurusan jenazah(beli kain kapan, etc). Jika selepas mati si bapa masih ada meninggalkan harta sebanyak RM 100 pon, harta tersebut perlu juga dibahagikan secara faraid. Maka dapatlah sikit harta kpd ank yg dibenci.. Apa kah relevannya perbuatan memberikan hadiah itu sebelum kematiannya sehingga tidak meninggal sedikit pusaka pon kepada pewarisnya? Perlu diingat, semua perbuatan itu adalah dengan niat dan  si bapa perlu la bersiap sedia utk menjawab dgn Allah di sana nanti.

Islam itu INDAH, Islam itu MUDAH! Tapi kita yg menjadikannya sukar. Allah ada sebab kenapa pembahagian harta kpd waris perlu mengikut faraid. Dan hanya DIA Yang Maha Mengetahui setiap apa yg dicaturkannya. Kita sebagai hamba hnya perlu patuh segala suruhan & jauhi laranganNya. 

Ilmu faraid ini adalah separuh dari ilmu. Tidak rugi utk mendalaminya.

Siapa lah kita utk menolak hukum Allah? Sedangkan selepas roh ditarik keluar dari jasad pon, kita masih tidak mahu mengikut hukum Allah yg tentunya terbaik utk hambaNya. Nak beri pahala free slps mati pon taknak, sungguh ego makhluk bernama manusia. Amal2 lain belum tentu lagi nk dikendong utk ke syurga. Mesti diingat, matinya seorang anak Adam, dia akan meninggalkan 3 perkara sebagai bekal ke akhirat:

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Cuba fikirkan apa perasaan anak yg dinafikan haknya! Bahagia kah dia? Sekurang2nya, anak yg ditinggalkan dgn cara yg baik/disayangi akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya walaupon sudah meninggal dunia. Agak2 kalau ank yg dinafikan hak spt ini, mereka nak ke doakan ibu bapa yg sudah menganiayanya? Fikir2 kan...

Cermin diri

Bajet diri dah sempurna sgt. Abis semua org salah di matanya.

Kau saje yg betul, org lain semua tak betul. Hati2 bila berbicara. Jgn smpai Allah byr cash dgn membuka aib mu pula. Dari sibuk nk kutuk & jaga hal org lain, jaga dirimu terlebih dahulu. Setakat baru pegi kuliah/kelas agama beberapa kali, itu tak bermakna anda berlesen utk menjatuhkn hukum kpd org lain.

Like my friend said,'yg tak salah dicari salah, salah yg kecik dibesar2kan. Salah besar apatah lagi'... Lumrah manusia mmg suka mengkritik. Sbb terasa diri sgt bagus! Khilaf yg tak mendatangkan dosa duk sibuk nk canang, yg buat dosa besar tu buat tutup mata saje.

Buat dosa dgn Allah, boleh bertaubat, InsyaAllah, Allah akn terima taubatmu. Tapi berdosa dgn manusia, ko kna cari balik org yg ko berdosa tu utk minta ampun. Susah kan?