Wednesday, June 05, 2013

Jom belajar faraid...

Hurmmm... Sape tau apa tu faraid? Sblm ni aku hnya tahu faraid ni adalah salah satu cara pembahagian harta kpd pewaris...betul tu. Wasiat tu apa plak? Ramai yg konfius antara wasiat dan faraid harta pusaka. Aku baru je tahu dgn lebih detail pasal ni tadi. Itupon sbb aku bertanyakan adik aku tentang satu study case pembahagian harta.

Wasiat tu tak sama dgn pembahagian harta pusaka kepada waris yg tinggal. Wasiat itu adalah pemberian harta kpd BUKAN pewaris slps si mati meninggal. Oohhh mcm tu. selama ni aku igtkn wasiat tu sama je dgn pembahagian harta kpd si waris selepas mati. So, maksudnya, kalau tak buat wasiat pon, kalau si bapa mati, secara otomatik harta pusakanya diwarisi kpd pewaris sekiranya dia masih mempunyai waris yg masih hidup. Dan pembahagian harta pusaka tersebut perlu la mengikut faraid spt yg telah dinyatakan dlm al-Quran. Jika tidak mahu mengikut kadar faraid 2/3 utk anak lelaki & 1/3 utk ank perempuan(sekiranya mempunyai anak lelaki & perempuan), boleh la dibahagikan sama rata dengan syarat semua anak2 redha dgn pembahagian sama rata tersebut. Jika salah seorg membantah, maka perlu kembali kpd faraid semula. Dan sekiranya hnya ada waris tunggal(sebatang kara tiada sedara mara lain) maka seluruh harta hanya layak utk waris tunggal itu. Dan jika si mati langsung tiada waris yg masih hidup, maka harta akan disalurkan ke baitulmal.

Orang kita selalu je duk pening2 pasal wasiat kan? Jika mati, mcm mana nk bahagikan harta kpd anak2. Tu la... Sbb kita selalu disajikan dgn drama2 TV yg mana dtg seorg lawyer membacakan wasiat si mati, anak pertama dpt banglo la, anak kedua dpt beskal shj, etc. Semua tu tipu belaka, sure director tak buat study kes sebelum mengarah. 

Padahal kalu si bapa mati, anak2 tak perlu risau tentang harta si bapa, kerana harta tersebut boleh dibuat pembahagian cara faraid yg pastinya adil kerana ia adalah dr Allah. Tak ada istilah wasiat utk pewaris, kerana pewaris tetap mendapat bahagiannya. 

Contoh pembahagian wasiat adalah mcm seorg bos sgt syg kpd pekerjanya, dan ingin memberikan sedikit hartanya( max 1/3 dr harta keseluruhan shj) kpd pekerjanya itu, kerana bila matinya si bos, dia tahu bahawa pekerja kesayangannya mmg takkan dpt apa2 bahagian daripada harta yg ditinggalkan dan pekerja tersebut tidak boleh menuntut peninggalan boss nya tanpa sebarang wasiat. Jadi, utk membolehkan pekerja tersebut mendapat bahagiannya, si bos perlu membuat wasiat supaya bahagian yg pekerja dapat tersebut tidak akan dipertikaikan oleh pewaris yg lain. Dan jika waris membawa kes ke mahkamah pon utk menarik balik hak pekerja tersebut, ianya tidak valid lagi kerana wasiat tersebut mmg valid jika mengikut prosedur yg betul.

Ada satu lagi kes jika si bapa benci dengan salah sorg anaknya, dan langsung tidak mahu meninggalkan harta pusaka kepada anak yg dibenci, sedangkan ank tersebut layak mendapat bahgiannya. Untuk kes mcm ni, ada 2 option je adik aku ckp:

1. Si bapa perlu memastikan yg ank yg dibenci tersebut tidak terus hidup selepas kematian si bapa tu. Dengan kata lain, si bapa perlu BUNUH shj ank yg dibenci itu sebelum dia meninggal. Benci macamana sekalipon, siapalah si bapa utk menafikan hak si anak dan menidakkan hukum Allah? Jadi jika taknak anak itu merasa harta pusaka, maka bunuh sahaja.

2. Si bapa perlu memberikan hibah( hadiah) kepada semua anak yg disayanginya selepas menyelesaikan segala hutang piutang yg masih ada. Pastikan si bapa menukar nama pada setiap harta kepada nama2 ank/org yg disayanginya. Jika ada harta seperti wang tunai, hadiahkan semua kepada anak2 yg ditatang. Langsung jgn hadiahkan kepada ank yg dibenci( KEJAM KAN? ). Pastikan si bapa papa kedana tidak berharta tetapi tinggalkn sikit utk pengurusan jenazah(beli kain kapan, etc). Jika selepas mati si bapa masih ada meninggalkan harta sebanyak RM 100 pon, harta tersebut perlu juga dibahagikan secara faraid. Maka dapatlah sikit harta kpd ank yg dibenci.. Apa kah relevannya perbuatan memberikan hadiah itu sebelum kematiannya sehingga tidak meninggal sedikit pusaka pon kepada pewarisnya? Perlu diingat, semua perbuatan itu adalah dengan niat dan  si bapa perlu la bersiap sedia utk menjawab dgn Allah di sana nanti.

Islam itu INDAH, Islam itu MUDAH! Tapi kita yg menjadikannya sukar. Allah ada sebab kenapa pembahagian harta kpd waris perlu mengikut faraid. Dan hanya DIA Yang Maha Mengetahui setiap apa yg dicaturkannya. Kita sebagai hamba hnya perlu patuh segala suruhan & jauhi laranganNya. 

Ilmu faraid ini adalah separuh dari ilmu. Tidak rugi utk mendalaminya.

Siapa lah kita utk menolak hukum Allah? Sedangkan selepas roh ditarik keluar dari jasad pon, kita masih tidak mahu mengikut hukum Allah yg tentunya terbaik utk hambaNya. Nak beri pahala free slps mati pon taknak, sungguh ego makhluk bernama manusia. Amal2 lain belum tentu lagi nk dikendong utk ke syurga. Mesti diingat, matinya seorang anak Adam, dia akan meninggalkan 3 perkara sebagai bekal ke akhirat:

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Cuba fikirkan apa perasaan anak yg dinafikan haknya! Bahagia kah dia? Sekurang2nya, anak yg ditinggalkan dgn cara yg baik/disayangi akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapanya walaupon sudah meninggal dunia. Agak2 kalau ank yg dinafikan hak spt ini, mereka nak ke doakan ibu bapa yg sudah menganiayanya? Fikir2 kan...

0 comments:

Post a Comment

I'm waiting...