Sunday, April 06, 2014

InsyaAllah, saya cuba yg terbaikkkk!

2 bln yg lepas, aku terasa sentap bila my opismet tunjukkan gambo seorg non-muslim yg dulunya model yg berpakaian menjolok mata, sekarang berpakaian muslimah menutup aurat siap lengkap memakai stokin tangan. Alasannya sebab dia merasa selamat & terpelihara bila berbuat demikian.

So apa alasan aku yg mengaku muslim yg sememangnya diwajibkan ke atasku utk menjaga auratku dr pandangan lelaki ajnabi? Masih mencari alasan lagi? Panas?  Ohhh betapa aku malu dgn diri sendiri. Stokin kaki pon susah nk sarung, apatah lg stokin tangan. Baju singkat...tak perlu nk cerita.

Ayah, adik lelaki sudah byk kali beri hint. Sungguh aku masih di bawah tanggungjwb mereka. Mereka akan mendapat share akhirat juga, samada share pahala mahupun dosa yg aku lakukan. Jika sudah byk kali nasihat diberi, tp aku tak makan saman juga, apa la dayanya. Hnya doa yg mampu mereka titipkan. Adik pernah ckp, " along, dwan ni tak tahu nnt kat akhirat dwan tergolong dlm golongan yg masuk syurga ke, atau neraka. Tapi dwan dh laksanakan tugas sbg adik dgn beri nasihat kpd along. Dwan hrp along blh start utk menjadi lebih baik dari yg sblmnya. Nk start mmg susah, insyaAllah kalau istiqamah, Allah permudahkan. Nnt akan jd biasa... Andai kata ditakdirkn Dwan, mak & ayah dimasukkan ke syurga, dwan tak sanggup tgk along sorang2 kat neraka. Dwan harap family kita semua masuk syurga. Dwan taknak kita berpisah di sana... Tak perlu nk kejar ibadat sunat berkati2. Laksanakan dulu yg wajib, insyaAllah yg sunat akan menyusul sbg bonus!"....

Yes...aku bukan jahil. Aku tahu. Tapi hati terasa berat melakukan suruhanNya...

Namun, usiaku tak tahu bila penghujungnya. Siapa tahu esok lusa, talkin dibacakan dipusaraku. Masa tu sudah terlambat, tak dpt diundur semula. Ya...penyesalan sudah tidak berguna. Nak tak nak aku kna berusaha. Allah panjangkn usiaku sehingga kini, bkn utk disia-siakn begitu shj. Bkn utk mncuba semua jenis fashion atas muka bumi. Tp utk menjadi khalifah. 

Sembahyang tunggang-tonggek, tp aurat tak jaga...mungkin ada yg missing dlm solatku. Nauzubillah.

Jadi, rasanya belum terlambat utk aku setkan azam utk menjadi seorang muslimah yg lebih baik dr semalam. Support dari family & kawan2 amat diperlukan utk aku sentiasa istiqamah menjadi lebih baik.

Tuesday, December 17, 2013

Rasa teraniaya?

Hari ni aku tgk, byk post dekat fesbuk duk sibuk pongpang pongpang harga tol naik...dgr citer berkuat-kuasa tahun depan...hurmmm...

Aku NO COMMENT pasal ni...sbb aku tau, mereka duk bising2 skrg ni, nanti 4 tahun akan datang, dorg senyap la...dah lupa...kan MELAYU MUDAH LUPA....

Nanti dh dpt BRIM RM 500, blh la buat cover duit tol for the next 4 tahun lg... Rasa mcm nk lempang tak statement aku ni? Rasa mcm nk bagi kaki je kan?

Salah siapa? Salah pemimpin ke? 
Aku tak rasa salah pemimpin...kalu pemimpin bodoh, bengap, tak amanah ke, etc... Dh nk buat macamana? Kita yg pilih dia. Bkn dia yg pilih kita. Pilihan ada di tangan kita...kita ada hak utk tentukan siapa pemimpin kita...

Tapi ms PRU haritu, apa tindakan kita? Kpd siapa undi kita dibuang?

Ada pula org kata, "abis kalu undi PR pon, blm tentu amanah nye...mesti ada corrupt...mana ada kerajaan yg tak corrupt?"

Eh hello, statement tak bleh blah...abis kalu semua kerajaan corrupt, abis tu, nk ckp ms pemerintahan Muhammad S.A.W pon ada corruption la? Agak2 la wei...nk cakap tu, pikir la sikit... Rasulullah tu adalah contoh pemimpin terbaik... Tak boleh ke kita contohi cara pemerintahan baginda?

"Abis tu, yakin ke pemerintahan PR tu lbh baik dr yg ada sekarang?"

Aku just boleh ckp," belum cuba, belum tahu....kalu nk tahu, kena cuba dulu".

Kena lah beri peluang dulu...kalau tak bagus, gulingkan semula..kata setiap 4 tahun ada PRU...itu la gunanya...Alah, tgk Selangor pon dh cukup!

Kalau setakat buat PRU 4 tahun sekali, pastu still menjalankan kuku besi/tidak telus..so, no point la PRU tu..
Bila sudah bertapak 56 tahun,  kuasa makin kuat, kedudukan makin selesa, mula la nk menindas rakyat... Susu pon kalau disimpan lama, boleh jadi masam dan basi...belum tentu boleh diproses jadi keju...kesudahannya, dibuang saje...

Rakyat bangkit marah bukan sebab benci, tapi menegur sbb ambil berat & masih sayangkan Malaysia...nama Malaysia tu dh cukup cantik..please dont change it to Banglasia or Nepalisia. Please, please...

So, yg baru terhantuk tu, baru nk terngadah la ye? Rilex...take a chill pills... Kalau rasa anda benar, dizalimi, doalah semoga kezaliman dibalas dgn setimpal...

”Ada tiga doa yang tak akan ditolak oleh Allah SWT, yakni doa orang tua kepada anaknya, doa orang yang teraniaya, dan doa seorang musafir.” (HR. Abu Hurairah)


Doa orang yang teraniaya itu makbul seperti yang telah dikhabarkan oleh Bukhari & Muslim yang maksudnya

"Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.

Wallahua'lam...

~selamat beramal~

Friday, July 05, 2013

'Homo sapiens' mmg suka kaypowhhh...

1. Stress, bila aku x pernah gajikan korg utk buat iklan tak berbayar, itulah korg nk berebut2 volunteer nk jd advertiser. Damn!

2. Jangan duk sibuk pasal kain baju org bertampal2 la... Sila check blkg kain korg tu, kot2 ada yg koyak-rabak!

Ishh knapa la aku terjebak dlm kelompok mcm ni!

Thursday, June 20, 2013

He's not mine!

Ya Allah, jika dia benar untukku,
satukanlah hati-hati kami, 

Namun Ya Allah,
Jika kau ciptakan dia untuk orang lain, dan aku untuk orang lain,
maka kau lupuskanlah segala ingatanku daripada mengingatinya
Amin Ya Rabbal Alamin...❤


Wednesday, June 19, 2013

Kena halau?

Huhu..sbnrnya blm dihalau lagi...tp hint dah ada...

My dear landlord nk jual umah yg aku tgh sewa skrg ni. Start sewa umah  ni frm 2007 till present. Lama tu...
Dia kata dia akn beri notis 1-2 bln b4 aku kna move out.
Tp cara dia bgtau, call aku pagi2 time aku kat opis, mcm dh tak dan-dan nk suh aku blah....
Blah la wei!

Td g tgk umh sewa yg lain kat court 10. Cantik. Partially furnished. Parking ada2 lot. Tp....

Tapi... Sebab si madam yg mabuk ketum tu ckp tak jd nk jual rumah dlm ms terdekat ni...and suh aku & the gang "enjoying living" here la sgt, aku terpaksa cancel umah yg nyaris2 aku nk book td. Coz i cant afford to pay both houses at the same time, and takut burn deposit umah skrg ni, so terpaksa la putih mata, dan layan kan je perangai dia yg ntah pape tuh...

Bengong!

Wednesday, June 12, 2013

Sendiri Aku

Sendiri aku...
Bukan kerana aku terlalu memilih,
Tidak pada rupa, mahupun harta, atau pangkatnya...
Cuma aku memilih imamku utk membawa aku ke SyurgaMu ya Allah... 
Bukan yg mengheretku ke NerakaMu...

Bukan...bukan...
Aku bukan terlalu memilih kesempurnaan, 
Kerna aku juga kekurangan...
Cuma yg aku harapkan hubungan saling lengkap-melengkapi...
Kerana kuyakin di luar sana ada insan yg boleh menjadi imamku dan membimbingku dari terus hanyut di duniaMu ya Allah.

Siapalah aku utk meletak syarat siapa imamku,
Sedangkan aku bukanlah sehebat Siti Khadijah,
Tidak pula secantik Balqis,
Jauh sekali setabah Sarah & Rabiatul Adawiyah...
Namun akan kucuba menjadi setulus Zulaikha .

Sendiri aku...
Kerana takutnya aku menempuh hidup dgn org baru dlm hidupku,
Sedangkan keliling ku byk kisah duka & pancaroba rumahtangga...
Mampukah aku?

Dapatkah dia menjadi suamiku?
Atau aku yg menjadi suaminya?
Tertanggungkah tanggungjawab?
Teguhkah dirinya utkku berpaut?
Sungguh, aku memerlukan seorang hero, bukannya heroin dlm cerita ini.

Sendiri aku...
Biarlah masa menentukan segala.
Tidak guna berdua akhirnya porak-peranda...
Tidak guna bertiga jika tidak pandai mengurus masa...

Bukan menidak lumrah manusia...
Tetapi, jika itu takdirNya, ku serah segala...
Jika itu terbaik utkku, sesungguhnya perancanganNya adalah yg paling terancang di alam semesta...

Sendiri aku...
Aku tidak sendiri,
Aku ada Dia...
Ya, Dia ada untukku,
Selagi mana aku tak melupakanNya.

Sendiri aku...
Ya Allah,
Jika takdirMu utkku telah tertulis begitu,
Usahlah Kau biarkan ku terkapai2 mencari redhaMu...
Lindungilah aku, temanilah aku & sayangilah aku...
Betapa aku lebih SENDIRI jika aku tanpa MU....


Monday, June 10, 2013

Very the plastic!

Ini la org kata,

"Depan2, pijak semut tak mati, kat belakang, perangai... Allahurabbi!"

Bagi org luar yg xkenal ko, maybe dorg akan pikir ko la org paling baik/paling sopan atas muka bumi.

Tapi dorg sebenarnya tatau, ko la org paling plastic/hipokrit yg sgt konkrit!
Org yg xkenal boleh la ko tipu.

Dgn org luar, ko ckp pnya sopan & ayu giler. Tp dgn sedara sendiri, ko kutuk2 & maki. Kesian org yg blm kenal ko tu, btol2 dh tertipu.

Nxt time kna igt, dahulukn keluarga dr org luar. Time ko susah nnt, sape yg akn tlg ko? Sedara ko jgk. Bkn kawan2 ko yg ko duk jaga hati sgt tu. walau dh rs diri dh blh berdikari, jgn la smpai buang/benci keluarga sndiri. Jgn jd kacang lupakn kulit. Hidup ni kena kenang budi!