Thursday, February 04, 2010

Sombongkah aku??? renung2kan dan selamat beramal~

Hurmmm pernah tak kita terlintas dlm fikiran…”aku ni sombong tak???”…kadang kita tak sedar kan, apa yg kita cakap, perbuatan kita, gaya kita sndiri pon, boleh menjadikan kita ni riak pd pandangan sesetengah org tanpa kita sedari…cuba renung2kan dan selamat beramal…btol ke kita ni tak sombong???


Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :

· Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetap tidak diterimanya.

Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

p/s: rasa2 kita tergolong tak dlm kelompok ni? Ye la kan…manalah tau, dh belajar tinggi2, pastu dh rasa besar kepala lak kan? Yg belajar tinggi smpai oversea, kadang duk terlebey perasan yg diri tu dh terer sgt2, compared dgn yg belajar local. Pastu yg tahu agama tu plak, rs mcm dh bagus sgt, pendek kata, serba tau la! So, nasihat utk diri sndiri jugak, sama2 la share ilmu yg ada. Jangan sesekali kedekut ilmu, kalau ada kawan2 yg minta tlg ajar, ajar la sekadar mampu. Sekiranya tak tau, jgn pura2 tau, pastu ajar yg bukan2…jd ajaran sesat plak nnti.

· Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

p/s: ini satu lagi penyakit hati. Terasa diri dh bagus sgt di sisi Allah, smpai memandang rendah org2 di sekeliling dgn menganggap, “iman mereka tak sebagus iman aku”. Mungkin ada yg ingin berpesan2 kpd kebaikan, tp kadang2 kita tak sedar cara kita tu sbnrnya tidak kena. Ayat tepat yg boleh digambarkan, tidak berhikmah, bahkan menampakkan kesombongan diri-sendiri seperti akulah org yg beriman, mereka semua jahil. Tak ke sombong tu??? Aku penah hadapi situasi seperti ini, di mana ada someone menegurku…katanye…jodohku tak panjang sbb hubungan tersebut tak diberkati Allah kerana aku lalai dlm perintahNya. Tidak penuhi waktu2 terluang dgn bermunajat kepadaNya, menambah amalan2 sunat, etc…Kenapa? Yang jahil tiada hak utk mendpt jodoh? Bukan ke jodoh maut tu di tangan Allah? Hanya org yg tak beriman dgn Qada' dan Qadar, yg berfikiran kolot spt tu. Siapa dia utk judge iman aku? Inilah penyakit paling bahaya bg org2 alim ni. Sbb diri dh rs bagus sgt, then nmpak semua org mcm jahat je. Bukan tidak boleh menegur, tp, kna ada caranya, biar kena dgn masanya dan tempatnya skali. Bukannya main tangkap muat je menasihati atau ayat tepat sekali sindir sinis dpn org lain yg smpai boleh menjatuhkan air muka org tau. Itu dosa mengaibkan org tu, boleh la add-on skali dgn iman yg dibangga2kan tu. Sbb aku penah igt pesan seseorg pada aku, iman seseorg tu sentiasa berubah, dan jangan igt org yg hari ni nmpak alim, esoknya dia akan mati dlm iman. Mungkin iman dia hari ni 100%. Puasa sunat + solat sunat + sedekah + mengaji + sabar ++++ etc. Tapi esok, boleh jadi iman dia ‘kosong’...Kenapa? Sbb dia bersedekah, tp, menunjuk2. Mungkin dia byk buat solat sunat, tp, dia tak khusyuk, buat solat sunat pon sbb ikut org/org suruh. Tak ikhlas. Mengantuk tak hengat, siap menguap2 time solat, syaitan bertepuk tangan. Jgn igt org yg tak buat sunat tu, tak baik. Mungkin org tu nk jaga yg wajib dahulu agar tak tercicir disebabkan nk kejar yg sunat. Nikmat iman yg dikurniakn pada setiap insan tidak sama. Kalau sama, takde la namanyer kafir ke apa, sah2 dh dpt Hidayah sama rata. Btol tak? Wallahuallam…Jadi, berpesan2 la kepada kebaikan. Tidak terkejut kalau dikatakan, abid yg alim hari ni, esok nya mati dlm kekufuran. Nauzubillah. Pernah terbaca kisah ni dr himpunan kisah zaman nabi. Minta dijauhkan. Tp Syaitan ada di mana2 utk menyesatkan keturunan Adam. Dats why kita kna selalu minta doa slps solat, “ Ya Allah kau tetapkanlah imanku, janganlah Kau membolak-balikkan hatiku ini dr jalan yg Engkau redhai”…Amin ya rabbal alamin…

· Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.

p/s: ini pon satu lg masalah. Apalah nk dibangga sgt dgn keturunan ni. Tak paham betul. Sampai org lain yg tak berketurunan sama dgnnya dihina sesuka hati. Tak payah nk berlagak la. Semuanya sama, asal dr tanah belaka, nnti pon kena tanam dlm tanah gak.


· Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

p/s: hurmmm tu la, bila dh rasa diri lawa, mula la berlagak ye. Mengata org ikut sedap mulut. Sampai kekadang ‘memilih bulu’ utk mencari kawan. Dah byk pon jmpa kes ni. “Org lawa/hensem hnya kawan dgn yg seangkatan dgnnya shj sbb takot nnti jatuh saham”.

· Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

p/s: org kaya selalu dikaitkan dgn sombong kan? Perasan tak? Kenapa kita tak ckp org miskin yg sombong? Sbb…org miskin ada apa utk menunjuk2? So, mcm mana diorg nk riak dgn apa yg diorg ada? Sbb tu sombong ni biasanya kita point pd org kaya. Mereka ada macam2 utk tayang kat org…Kereta Ferrari la, bungalow 5 tingkat atas bukit la. Kalau org miskin, yg dorg boleh menunjuk2 pon telaga mandi diorg yg tak bleh lawan dgn swimming pool org kaya tu. Jadi, org kaya2 ni, jgn la riak dgn kemewahan yg Allah berikan, tp, share la skali dgn yg kurang upaya. Kata…”Sharing is Caring”….hehehe

· Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

p/s: hurmm kuat la sgt tuh. Sampai bila la nk berlagak kuat?Smpai masa nnti, tua jugak, hilang kuasa gak. Tiada yg kekal kuat dan berkuasa selainNya.

· Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri. Saya pon berpesan2 kpd diri sndiri. Kalau ada terasa hati terkecil hati, tidak berniat utk mengata. Tazkirah utk diri sndiri supaya sntiasa menjadi sendiri dan memperbaiki diri sndri. Bukan tujuan mngata, bukan berhujah. Tapi sekadar berkongsi apa yg penah dilihat, dialami dan berhati2 dlm setiap kata dan perbuatan, agar tidak menyakiti hati org lain, kerana kesan luka ditangan boleh diubati, tp luka dihati akan berbekas sampai bila2.

0 comments:

Post a Comment

I'm waiting...