Jangan terlalu
susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
Jangan sengaja
lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan
mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..
Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan
berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka
menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
2 comments:
Tazkirah yang SANGAT berguna....best!best!
hehehe...tazkirah drp emel yg kawan2 hantar...credit to my fren yg sygkan wano dan ingat-mengingatkan...
Post a Comment
I'm waiting...