Sunday, June 09, 2013

Karma & Sensitiviti

Hak hak hak...aku nk tergelak tengok status dorg kat FB ni...

Sebelum ni bukan main lagi kutuk aku sbb aku makan fastfood. Dia tatau menu fastfood yg biasa aku order tu adalah bubur ayam, lebih specific lg, bubur ayam mekdi. Kekadang aku order mashed potato kepsi. Sebab apa? Sebab...di awal fasa aku pakai braces ni, aku xleh mkn makanan yg keras2. Yg lembut2 je, yg boleh ditelan terus. 

Dats why kalu lps opis kekadang aku call je suh delivery menu2 yg aku nk mkn tu...

Tp ada la plak makhluk ni tak puas ati aku asyik makan fastfood delivery ni. Siap ceramah bagai kat aku. Ohh damn...mcm ko bagus sgt tak mkn. Next time sebelum nk sniper org, check diri sendiri dulu boleh?

Tengok2 dia sendiri pon mkn fastfood, siap upload gambo anak2 skali tgh duk mkn. What the heck! Kan dh terkena atas batang hidung sendiri. Tu la...lain kali jgn rs diri tu dh kebal sgt. Betulkn diri sendiri tu dulu sblm nk betulkan org lain.

Now aku dh xde kena mengena dgn mekdi. Kalu pandang pon dh xde aura yg buat aku tertarik pon. Semua berpunca sejak kes perang aritu. Byk gambar2 mujahidin yg aku tgk kat berita, FB, paper...aku x sanggup. Air mata selalu je bertakung. Paling menyedihkan tgh kepala baby yg tak berdosa berkecai kena peluru zalim israel. Aku berhenti membeli & memakan mekdi bukan atas paksaan sesiapa, tetapi ats inisiatif aku sendiri. Aku taknak duit yg aku byr utk makanan tu, dilaburkan utk membunuh umat yg seagama dgn ku. Aku mungkin bukan muslim yg baik, dan tidak seberani mujahid yg pergi berperang fi sabilillah. Tapi atleast, aku berjaya menahan godaan utk tidak terus dipengaruhi oleh agenda Yahudi tanpa sedar dgn membeli produk mereka.

Ada yg ckp kat aku..." Kalu nk boikot, semua patut boikot, ats dunia ni susah nk cari product bukan israel". Haaa...tau pon ko byk produk israel, abis ko buat apa? Ko sokong la ye? Tak boleh nk boikot semua, sekurang2 nya ko tunjukkan la yg ko pon ada sensitiviti sket. Ni tak, semua produk israel ko rembat jek...padahal ada lagi produk tempatan yg lebih kurang sama, cuma brand nya tak la femes mcm yg telah dijaja pihak yahudi tu.

"Kalau tak beli, kesian la kat org2 Islam yg keje kat situ. Bila kurang demand, kurang produktiviti, kurang untung, mcmana nk gajikan mereka?"  Kalo ko kesiankan mereka, ko beli je. Aku tak halang, aku tak marah. Tapi jgn la jebakkan aku skali dgn sikap prihatin ko tu. bukannya aku tak kesiankan dorg, aku pun ada sedara keje kat francais makanan segera tu. tp adakah disebabkan aku ada seorg sedara yg kerja di situ, aku perlu pergi beli makanan kat situ hari2 utk menguntungkan francais tu supaya boleh byr gaji sedara aku tu ke?

"Francais kat malaysia mana sama dgn yg oversea."
Memang la, dari segi kehalalan, mmg aku tak ragui. Mmg diakui HALAL oleh JAKIM. cuma logo/brand yg dibawa tu. Abis logo yg digunapakai tu, bukan ke sama ke dgn yg oversea tu. bukannya kita sebut mekdinah. Still nama yg sama kan? Mksudnya, walaubagaimanapun, sedikit dr hasil jualan tu akan disalurkan ke 'sana' kerana meminjamkan logo yg terkenal tu, utk mempromosikan jualan. Aku bukannya org sales ke apa, tp aku paham la juga sikit2 pasal branding produk ni.

Thats my concern. Kalau ada yg tak puas ati dgn aku, korg boleh proceed mkn semahu-mahunya. Aku tak pernah marah korg nk mkn, aku tak halang. Tapi jgn heret aku skali. Sbb aku tak boleh nk bayangkan jika mujahid yg terbunuh tu, adalah salah seorg yg aku sayang, yg aku kenal, yg ada pertalian dgn aku. Mati dengan duit yg aku byr sekadar utk puaskan nafsu tekak aku ni. Aku rasa aku tak mati lg kalau setakat tak dpt makan  burger & bubur dr company tu. Mungkin ada antara kita tak begitu sensitif, sebab tidak berlaku di kalangan kita sendiri. Aku tak mampu utk menjawab di akhirat nnt kenapa aku sokong dgn membeli makanan dr sykt francais tu yg mana menyumbangkan dana utk membunuh sedara2 Islam ku di bumi Palestin. Amal & ibadatku belum cukup byk utk menutup 1 kesalahan aku membunuh nyawa sedara seagamaku yg tak berdosa. Cukuplah aku buat sikit2, tetapi ia akan membuahkan hasil, daripada bercakap mengutuk2 yg langsung tak membantu. And please, jgn sesekali memperlekehkan niat suci aku ni.

Aku tak mampu utk pergi berperang di medan perang, tetapi, InsyaAllah aku mampu berperang dgn nafsu tekak ku sendiri.

0 comments:

Post a Comment

I'm waiting...