Ramai juga kawan2 tnya, "dh tak bisnes kopok lekor ke?"...hoh! Sejak bila aku berbisnes kopok lekor? Setahu aku, selama ni aku tlg belikan je. Takde amik untung apa pon. Malah makin rugi ada la...rugi duit minyak & haus tayar kereta sbb berat bw kopok lekor dlm boot dr ganu smpai KL. Tapi tak kisah la sgt, sekadar nk meng'happy'kan kawan2 aku sanggup je. Aku bukan nk minta upah apa pon.
Tapi...aku agak kesal kekadang ada di antara kengkawan ku yg amik kesempatan di atas kesudian aku merealisasikan impian tekak mereka utk mkn kopok lekor. Sampai kekadang tak bertimbang rasa langsung, siap nk main kirim kopok lekor walaupon kekadang aku balik ganu dgn belon. Deyyy! Ko nk mkn sgt, pi ganu la mkn puas2, fresh from oven kot...
Yg paling mengharu-birukan perasaan aku utk takmo amik order kopok lekor lg sbb ada insiden org kirim, dah makan, dh jadi taik, tapi tak byr smpai ke sudah...langsung takde rasa bersalah. Aku bukan kisah sgt pon setakat tak byr RM 5 / RM 10 tu. Aku boleh je nk sedekah kalau amaun mcm tu. Yang aku bengang sbnrnya bukan nilai kopok lekor. Tapi nilai kesusah-payahan my daddy pi tolong beli kopok lekor tu kot. Agak2 la weiii. Ko msj aku utk belikan kopok lekor utk ko, sedangkan aku baru je pulang dr tmpt jual kopok lekor tu. Then bila aku dh xlarat dan ayah aku sggup pergi belikan kerana dia bimbang ko 'mengharap' sgt nk mkn, aku rs serba salah sgt dgn ayah aku. Demi menjaga hubungan baik aku dgn kawan2 ku, dia sanggup offer diri utk pegi beli. TERHARU seyhh. Lagi terharu sbb dia cepat2 tinggalkn kerja dia, pergi mandi dan bersiap utk terus ke kedai kopok lekor tu. Time tu HUJAN LEBAT kot! Walau dgn menaiki kereta, tp memandangkan hujan lebat, ayah aku yg tua tu agak terganggu dlm pemanduannya. Kesian. Kalau jadi pape padanya ketika otw ke kedai kopok tu, aku mmg tak boleh maafkn org yg menyusahkan ayahku tu.
Smpai sekarang, tiada apa2 feedback drpd si pulan bertanyakan pasal bayaran kopok lekor yg dimakannya. Aku bukannya AhLong/ ceti yg akn pergi kutip hutang...hey, kalau kau dh mkn, kau byr la! Takkan itu pon nk kna bgtau. Aku paling pantang kalau org yg tak sensitif pasal makan benda haram ni. Kenapa? Igt benda yg haram dimakan tu babi je ke? Mcm2 lagi benda yg haram jika dimakan...makan binatang yg tidak disembelih secara Islam pon adalah haram. Makan benda curi pon haram. Mkn makanan org lain tanpa minta izin tuannya pon haram.
Jadinya, beringat2 la...jangan ambil mudah dlm soal makan minum ni. Jika berhutang, cepat2 lunaskan. Daging yg tumbuh dari benda haram, akan meninggalkan titik2 hitam di hatinya. Sebab tu la hati jadi gelap sampai tak boleh beza mana satu haq, mana satu batil.
0 comments:
Post a Comment
I'm waiting...