Friday, July 18, 2014

Semoga dirimu berbahagia...

Dulu...
Mula2 ku kenal dia, dia sgt "kerek" bagiku....perasan bagus. Semua org di sekeliling diperkecilkan. Aku pernah bencikan dia sbb perangainya itu. Tapi aku heran knapa dia cuba berbaik dgn ku dan ingin mendekatiku...

Kemudian,
Kami ditakdirkan bertemu di dlm 1 bangunan, di lantai yg sama. Aku sudah tak boleh mgelak dr bertemu dengannya. Apa lagi alasan yg patut kuberi utk tidak mahu terima pelawaannya.

Lalu...
Hubungan kami semakin rapat, semakin serius. Aku mula sayang padanya. Tidak dinafikan, dia sudah berjaya mencuri hatiku. Dia juga bukan lg seorang penyegan dengan ku... Mklum la, sblm ni aku sgt tegas dgnnya. Hari2 ku ceria bersamanya. Dan dia pon begitu teruja utk sentiasa berdamping denganku.

Sayang...
Jodoh itu bukan milikku. Ada org ke-3 antara kami. Aku mula dingin dgnnya slps aku tahu dia ada yg lain dlm diam2. Dia mula perasan perubahanku dan cuba mencari pengertianku. Tapi aku marah! Marah sangat2! Kepercayaanku padanya selama ini dipijak2 olehnya.

Putus!
Aku cuba memutuskn hubungan itu. Aku lari darinya. Hati sakit hnya Allah yg tahu. Aku tak cukup kuat utk berdepan dgnnya. Dia cuba tagih kemaafan dariku. Dia juga tak lupa sms aku. Tapi satu pon aku tak hiraukan. Sehingga satu tahap, dia sudah putus asa denganku. Kami sudah terputus hubungan begitu shj. Nombornya aku padam dan kami bw haluan masing2.

Aku meletakkan 100% kesalahan padanya. Bagiku dialah punca keretakkan hubungan ini. Langsung tiada peluang utk dia beri penjelasan. Padaku, lelaki semuanya sama!

Sekarang...
Sudah 5 tahun kami tidak berhubung. Aku rasa, sudah masanya aku lepaskn dia. Marahku sudah tiada. Semoga dia belajar utk lebih berdikari. Bukan utk org lain...tapi utk dirinya sendiri. Bahagialah...walau di mana engkau berada.

Sesungguhnya engkaulah kenangan terindah untukku.