Friday, July 18, 2014

Semoga dirimu berbahagia...

Dulu...
Mula2 ku kenal dia, dia sgt "kerek" bagiku....perasan bagus. Semua org di sekeliling diperkecilkan. Aku pernah bencikan dia sbb perangainya itu. Tapi aku heran knapa dia cuba berbaik dgn ku dan ingin mendekatiku...

Kemudian,
Kami ditakdirkan bertemu di dlm 1 bangunan, di lantai yg sama. Aku sudah tak boleh mgelak dr bertemu dengannya. Apa lagi alasan yg patut kuberi utk tidak mahu terima pelawaannya.

Lalu...
Hubungan kami semakin rapat, semakin serius. Aku mula sayang padanya. Tidak dinafikan, dia sudah berjaya mencuri hatiku. Dia juga bukan lg seorang penyegan dengan ku... Mklum la, sblm ni aku sgt tegas dgnnya. Hari2 ku ceria bersamanya. Dan dia pon begitu teruja utk sentiasa berdamping denganku.

Sayang...
Jodoh itu bukan milikku. Ada org ke-3 antara kami. Aku mula dingin dgnnya slps aku tahu dia ada yg lain dlm diam2. Dia mula perasan perubahanku dan cuba mencari pengertianku. Tapi aku marah! Marah sangat2! Kepercayaanku padanya selama ini dipijak2 olehnya.

Putus!
Aku cuba memutuskn hubungan itu. Aku lari darinya. Hati sakit hnya Allah yg tahu. Aku tak cukup kuat utk berdepan dgnnya. Dia cuba tagih kemaafan dariku. Dia juga tak lupa sms aku. Tapi satu pon aku tak hiraukan. Sehingga satu tahap, dia sudah putus asa denganku. Kami sudah terputus hubungan begitu shj. Nombornya aku padam dan kami bw haluan masing2.

Aku meletakkan 100% kesalahan padanya. Bagiku dialah punca keretakkan hubungan ini. Langsung tiada peluang utk dia beri penjelasan. Padaku, lelaki semuanya sama!

Sekarang...
Sudah 5 tahun kami tidak berhubung. Aku rasa, sudah masanya aku lepaskn dia. Marahku sudah tiada. Semoga dia belajar utk lebih berdikari. Bukan utk org lain...tapi utk dirinya sendiri. Bahagialah...walau di mana engkau berada.

Sesungguhnya engkaulah kenangan terindah untukku. 






Tuesday, June 10, 2014

Best kan menjadikan orang lain bahan ketawa?

Bila org gelakkan kita, kita hangin satu badan. Tapi bila turn kita duk gelakkan org, tak pulak kita rasa apa2. Rasa seronok lg adalah kan?

Kita asyik nak org jaga hati kita, tapi kita tak jaga hati org... Kita ni siapa? Hebat sangat ke sampai nk ada org jaga hati kita? At the same time, kita ni berkuasa sangat ke sampai kita ada hak utk mempersendakan org lain?

Kes mcm ni mmg selalu terjadi di sekeliling aku. Bila org tu bujang, dipersendakan status bujangnya, bila takde anak, dicompare dgn org yg ada anak. Kita ni siapa?Macam diri dh perfect sangat! Sedar diri sikit. Allah beri nikmat pd kamu utk kamu guna sebaiknya, menjaga dan membawa ke jalan yg betul. Bukan utk berlagak dan memperkecilkan org yg kurang bernasib baik di sekeliling kamu. Org yg kurang bernasib baik bukan bahan ketawa yg menjadi hiburan kpd kamu. Byk lagi hiburan di dunia yg boleh kamu pilih. kenapa pilih utk persendakan org lain? Ingat sikit, kamu bernasib baik utk tidak berada di tempat mereka yg diuji. Ingat sikit, yg kesenangan & nikmat yg ada pada kamu tu juga sebenarnya satu ujian kesyukuran & ketaqwaan kamu kpd Allah. Jangan ingat hidup kamu smooth utk masa ini, sampai bila2 ia akan lancar tanpa onak duri. Masa akan datang bukan di tangan kamu. Mungkin hari ini kamu tertawakan org lain, next time mungkin anak cucu mu akan mengalami benda yg sama iaitu menjadi bahan ketawa org lain. Ingat! Bumi itu bulat. Kita tak selalu di atas, dan kita juga tak selalu di bawah. Asal kau tahu kedudukanmu hanya seorang HAMBA yg mana tanpa bekalan yg cukup, kamu tak dapat memilih syurga Allah. Dan kamu bukan siapa2 utk meletakkan level kamu adalah lebih baik dr yg lain.

P/s: Utk peringatan diri sendiri dan sesapa saje yg terasa. Mohon terasa.

Sunday, April 06, 2014

InsyaAllah, saya cuba yg terbaikkkk!

2 bln yg lepas, aku terasa sentap bila my opismet tunjukkan gambo seorg non-muslim yg dulunya model yg berpakaian menjolok mata, sekarang berpakaian muslimah menutup aurat siap lengkap memakai stokin tangan. Alasannya sebab dia merasa selamat & terpelihara bila berbuat demikian.

So apa alasan aku yg mengaku muslim yg sememangnya diwajibkan ke atasku utk menjaga auratku dr pandangan lelaki ajnabi? Masih mencari alasan lagi? Panas?  Ohhh betapa aku malu dgn diri sendiri. Stokin kaki pon susah nk sarung, apatah lg stokin tangan. Baju singkat...tak perlu nk cerita.

Ayah, adik lelaki sudah byk kali beri hint. Sungguh aku masih di bawah tanggungjwb mereka. Mereka akan mendapat share akhirat juga, samada share pahala mahupun dosa yg aku lakukan. Jika sudah byk kali nasihat diberi, tp aku tak makan saman juga, apa la dayanya. Hnya doa yg mampu mereka titipkan. Adik pernah ckp, " along, dwan ni tak tahu nnt kat akhirat dwan tergolong dlm golongan yg masuk syurga ke, atau neraka. Tapi dwan dh laksanakan tugas sbg adik dgn beri nasihat kpd along. Dwan hrp along blh start utk menjadi lebih baik dari yg sblmnya. Nk start mmg susah, insyaAllah kalau istiqamah, Allah permudahkan. Nnt akan jd biasa... Andai kata ditakdirkn Dwan, mak & ayah dimasukkan ke syurga, dwan tak sanggup tgk along sorang2 kat neraka. Dwan harap family kita semua masuk syurga. Dwan taknak kita berpisah di sana... Tak perlu nk kejar ibadat sunat berkati2. Laksanakan dulu yg wajib, insyaAllah yg sunat akan menyusul sbg bonus!"....

Yes...aku bukan jahil. Aku tahu. Tapi hati terasa berat melakukan suruhanNya...

Namun, usiaku tak tahu bila penghujungnya. Siapa tahu esok lusa, talkin dibacakan dipusaraku. Masa tu sudah terlambat, tak dpt diundur semula. Ya...penyesalan sudah tidak berguna. Nak tak nak aku kna berusaha. Allah panjangkn usiaku sehingga kini, bkn utk disia-siakn begitu shj. Bkn utk mncuba semua jenis fashion atas muka bumi. Tp utk menjadi khalifah. 

Sembahyang tunggang-tonggek, tp aurat tak jaga...mungkin ada yg missing dlm solatku. Nauzubillah.

Jadi, rasanya belum terlambat utk aku setkan azam utk menjadi seorang muslimah yg lebih baik dr semalam. Support dari family & kawan2 amat diperlukan utk aku sentiasa istiqamah menjadi lebih baik.