Hurmmm dh lama aku tak update blog ni. Tapi tak bermakna aku dh stop membaca blog. Aku mmg suka baca blog. Tapi aku pilih2 blog jugak la. Kalu blog bdak skolah yg asik duk cakap cintan-cintun karat tu, mmg aku bo layan la....
Ni aku nk cerita pasal sorg kawan aku...kawan ke ek? Ermm mcm abg angkat aku la...dulu dia senior skolah aku, pastu dia senior jugak kat U tempat aku belajar tu...
Sebenarnya aku dh lama lost contact dgn dia. Aku pon tatau knapa? Salah aku ke? Dia marah aku ke? Aku ada buat dia bengang ke? Aku pon tatau...tapi aku perasan masa dia tahun akhir & tiba masa dia konvo, dia mcm cuba mengelak dari aku. Mula2 aku tak perasan sgt. Sebab aku bukannya jenis amik kisah sgt org nk jauh hati ke apa dgn aku...
Tapi aku perasan bila aku sms dia dgn mesej ucapan tahniah sempena konvo dia, dia langsung tak reply sms aku. Positif wano....positif...maybe dia takde kredit...but at the same time, my fren sms dia mesej comel2 wish gudnite, boleh pulak dia mereply dan melayan... then aku mula terasa...aku ada buat salah ke dgn dia? mungkin ada salah aku yg aku tak perasan aku dh buat dgn dia, tp atleast, ko bagitau la, baru aku tahu...bukannya aku ni nujum pak belalang boleh nk tahu isi hati ko.
Takkan la sentap dgn aku sbb aku pernah menyusahkan dia masa aku couple dulu2 dgn mr-X. Aku pernah minta tolong dia tumpangkan mr-X utk tido kat bilik dia beberapa malam. Ye la...mr-X aku bukan student situ, duk jauh, skali skala turun ke selatan nk deting dgn aku, takkan la nk sewa hotel. Kopak le dia. So aku minta la tolong dgn dia. Dia pon cakap dia tak kisah. Dah anggap aku ni mcm adik dia. Takkan tanak tolong aku kan?
Tapi masa dekat2 dia nk konvo tu, mmg aku perasan dia dingin dgn aku. Boleh dia pelawa kawan aku utk keluar pegi pesta konvo sama2, sblm hari konvo dia keesokannya, takde bagitau aku pon. Aku tak marah dia ajak kawan aku. Aku tak jeles. Buat apa nk jeles. Aku bukan ada hati pon dgn dia. Aku dh anggap dia macam abang aku kot. Ye la...aku kan anak sulung, takde abang & kakak...sesekali rasa ada abg & kakak yg jaga kita, rs mcm disayangi sangat2. Balik kampung naik bas sama2. Ada teman.
But bila my fren ajak aku keluar mlm tu g pesta konvo, dan dorg dah janji nk jumpa kat mana2, aku rasa mcm aku ni org bodoh je...Sorang tak layan aku, sorg duk ajak aku...apa kes? Apa yg berlaku sebenarnya? Kalau aku tau malam tu dorg nk jumpa, mmg aku tak ikut la. Rela aku duk kat bilik je melayan chatting dgn si Pian yg syok kat aku tu, tapi aku tak syok kat dia. Stok geli-geli boleh la...
Bila sampai kat tapak pesta konvo tu, dia terperanjat bila nmpk aku. Aku boleh nmpak reaksi pd muka dia tu. Ha... silap org la kot, nk buat keje senyap2...tapi akhirnya kantoi jua...
OK, mlm tu aku buat donno je la...esoknya masa pegi konvo dia pon aku dh takde mood sbnrnya. Tapi sekadar mengambil hati org yg pernah bersusah payah menjaga aku selama aku kat U tu, aku gagahkan la jua untuk pegi... Sbb maybe lps tu aku takkan jumpa dia lagi memandangkan sikap dia dh 180 darjah bertukar.
Cuba korg bayangkan...sape la yg tak 'tersentuh hati' kalo time korg demam, mesej sikit je, terus dia pecut motosikal dia utk dtg ke kolej aku anto ubat, makanan yg aku nk makan. Sangat menjaga OK. Sape tak tersentuh kalu tetiba ada org tnya "nk makan karipap tak? Kalu nk nk anto nih?"...."mesti la nk...2 biji cukup!"....tengok2 sekali dia kasi sampai 5 biji...suh aku share dgn kawan2 yg lain...
Tapi nk buat mcm mana kan? dia dh dingin dgn aku...aku pon jauh hati la dgn dia...sampai 1 masa aku rs nk marah dgn dia...lgsung aku dh xcontact dia...but lama2 aku akui, buatpe nk tambah musuh buat bodo je la...Cuma ada skali aku mesej dia "nur dh tukar phone number, kalo ada apa2 contact nombor baru ni la" ...itu la msj terakhir aku sms kat dia...dan aku mmg langsung dh x sms dia lepas tu... kami terus terputus hubungan...
Tapi satu haritu dlm tahun ni, aku ada google pasal tiroid, sbb kawan aku ada sakit tiroid juga. so aku nk tahulah sikit sebnyak pasal tiroid ni, ada la juga knowledge aku utk handle kalo kawan aku tu ada masalah kesihatan nnt...google punye google, pastu aku terjumpa 1 blog duk cerita pasal dia pegi klinik nk dapatkan rawatan tiroid utk husband dia. Tapi post blog tu, lebih duk mengutuk org yg potong Q masa dia tgh tunggu turn nama husband dia dipanggil utk dapatkan rawatan. Aku pon baca la...tgh baca2...pastu dia tulis nama husband dia dlm tu...Nama penuh pulak tu. Aku rasa mcm kenal dgn nama tu. Aku teruskan pembacaan...Aku ni kan silent reader, aku baca je blog sape2 yg aku rs menarik. Tapi jarang sekali aku nk komen post diorg. kalu aku rasa teruja sgt je baru aku komen. Then dh baca & scroll sampai bawah, aku terkejut sbb dia ada letak gambar husband dia...dan memang sah husband dia itu adalah my old fren a.k.a my senior a.k.a my abang angkat. Bayangkan terbeliak mata aku tgk gambar tu...okey, so aku teruskan pembacaan dari post paling awal skali...sebab aku nk mengenali wife dia & nk tahu perkembangan terkini pasal dia.
Wife dia not bad...cantik jugak...tapi aku rasa aku lagi cantek kot...haha...takde la....post entry blog dia yg awal2 masa dia create blog, mcm ok. Nice. Nampak penulisan sorg yg humble...tak banyak maki & mencarut. But lama2 aku baca post lain plak, dh start dh ayat kasar dia...His wife org utara...aku tak tahu utara belah mana walau dia ada sebut nama tempat & aku mls nk amik tahu. Sbb aku belajar geografi pon stakat form 3 shj utk mendapat 'A' utk subject tu semata2. Tapi yg penting bnyk wording dia dlm loghat utara...pikiaq...
Awal2 tu entry wife dia ni byk la yg manja2...romantik...cerita hal rumahtangga yg baru dibina...Oh...aku buat telahan, dorg memang hidup bahagia..Alhamdulillah..Aku bersyukur sbb dia bahagia dgn keluarga kecil mereka walau belum dikurniakan cahaya mata. Wife dia selalu juga post pasal wife dia down org asyik tnya "bila nk dpt anak?"...aku pon faham perasaan org yg berkahwin sudah lama ni & tak dapat anak lagi...mesti sedih... Pastu aku teruskan lagi pembacaan, akhirnya penantian dia berhasil...wife dia disahkan pregnant...happy gile wife dia menulis di blog yg dia sudah hamil. Start part ni la, nampak sudah gaya penulisan wife dia ni ada sedikit riak. Wife dia duk kutuk2 semua org yg before tu yg pernah sindir2 & perli dia kawin tapi belum ada anak. mcm nk revenge je. Dah mula ckp besar. Kata2nya semakin berapi & pedassss...
Dalam masa pregnant tu, byk post dia berkaitan dia merajuk dgn husband dia sebab tak dapat itu ini, husband tegur tak buat keje, then byk dia duk kutuk husband dia la...Hati aku mula rs tak sedap bila membaca entry seterusnya. Banyak betul dia menyumpah dan mengutuk suaminya. Bila husband tak dpt nk belikan apa yg dia nk, dia membebel habis-habisan dan entry dia. Menampakkan husband dia sgt jahat, tak menjaga hati dia, kedekut dan tak romantik katanya... Oh no...aku mula rasa sebak bila abang kesayangku dikutuk2 di belakangnya oleh isteri dia sendiri. Simpati. Ceritanya wife dia ni tak keje...smbung belaja kelas kemahiran menjahit. Nk apa2 mesti kena minta dgn husband sbb dia mn ada income sndiri. Then wife dia suka online...surfing internet boleh kata 24hrs la...itu yg dia tulis dlm penulisan dia la. Bukan aku buat2 cerita ni. Dia ckp dia pernah kena marah dgn hsband dia sebab terlalu leka surfing internet, online shopping, etc sehingga lupa buat kerja rumah. Sehingga husband balik, tiada apa yg disediakan utk husband makan. Bila hujung minggu husbnd minta dia iron baju kerja utk husband dia pakai selama seminggu...dia selalu cakap " nanti..nanti saya akan buatkan.." tapi sampai ke sudah tak buat2. alih2 husband dia iron sendiri. sehingga husband dia merajuk. Then boleh dia cerita dlm blog dia pasal husbnad dia merajuk & tak mahu bercakap sebb husband dia kena iron baju sendiri. Pastu kutuk husband dia. Kononnya husband tak tolak ansur..."Apa lg yg dia nk? selama ni aku dh buat macam2"....
eh hello...ko tu isteri dia. mkn, minum, pakai dia, ko la yg nk kena jaga. Yg duk asik mengadap komputer je tu, komputer tu ke husband ko? Kalau rasa tak boleh menjalankan tanggungjawab seorg isteri, tak perlu la berkahwin. Kahwin tu utk berkongsi hidup. Saling lengkap-melengkapi. Ni nk salahkan suami pulak atas kesalahan sendiri. Org kawin, ko pon nk kawin...
Tetiba aku jadi sedih. "Oh kenapalah ko dpt isteri mcm tu?".
Mula2 aku igtkan disebabkan pembawakan budak, wife dia jadi mcm tu...rupa2nya, lepas dh selamat melahirkan pon, kata2 wife dia masih pedas bercili. Wife dia merapu entah apa2. Katanya tensen dengar ank menangis meraung la. Biar bapaknya yg uruskan la. "Rasa seperti mahu menekup shj anak dgn bantal, bising!"...Astargfirullah...terkejut aku...meroyan ke apa minah ni? Ke mental? Masa Allah belum beri rezeki anak, ko duduk bersedih. Meminta2 diberi rezeki anak. Bila dh dpt anak, ko boleh mengeluarkan kata2 tu. Patutnya ko bersyukur. Org lain dah berpuluh2 tahun tak dpt anak...Doa ko dimakbulkan slps 3 tahun...masih tak mahu bersyukur? Fikir sebelum rasa hebat mengeluarkan kata2 di blog. Jika Allah ingin menarik balik nikmat yg diberikan, hnya sekelip mata shj. Jaga la mulut & hati tu... Aku tak rasa org utara kasaq mcm tu skali.
Banyak postnya yg aku baca. Yg terkini aku baca...mereka sudah berpindah ke rumah sendiri. Tapi dia ni masih tak berpuas hati dgn si suami. Katanya si suami malas la. Minta digrill utk pasang skru di dinding smpai makan masa sebulan. Mahukan cat dinding kaler2 katanya husband kedekut dan berkira. Then diminta cat kaler putih je di dinding guna cat yg sedia ada, katanya husband dia malas. Sampai mkn berminggu2, masih tak bergerak. Di suruh husband beli roller langsir, lps seminggu baru dibelikan... Oh ko mmg dasar perempuan mulut berapi. Fahamilah, yg husband ko tu penat balik keje. Dia pon mahukan rehat. Org bekerja ni penat tau? Penat! Lagi la nk melayan ko dgn byk kerenah, bertambah2 penat dia. Ko duk umah buat apa? main fesbuk & blogging je aku rasa. Buat keje rumah malasss! Opppss!
Dia bukan kedekut. Selama aku kenal dia, dia bukan sorg yg kedekut. Selalu je belanja aku mkn masa kat U dulu. Kalu dia kedekut, sure kitorg kuar hangout makan byr sendiri2. Tapi dia bukan mcm tu. Ni tak, sebab dia hnya peruntukkan RM300 shj utk beli langsir, ko dh hangin. Ko beli la langsir kain murah dulu. pakai la dlu buat syarat tutup tingkap utk halang org tgk ko bogel dlm rumah tu. Nanti dh ada duit terlebih, atau dia dpt bonus, ko pow la dia beli langsir baru. Itu pon nk kena ajar ke? Nk sediakan semua skali serentak utk set up 1 rumah baru, memang sengkek la husband ko tu nnt. Buat la sikit2...Nanti lengkap la rumah tu. Payah la kalo org bercakap pikir guna lutut ni.
You better delete your post entry la pompuan. Aku rasa kalo satu hari nnt ur husband find out ur blog, dan baca entry2 ko ni...boleh mati terkejut dia. Kesian ko tak pandai menghargai apa yg ko miliki sekarang dan sentiasa menjaja keburukan suami kat blog. Aku kesian sgt kat ko. Semoga ko tidak tergolong di kalangan isteri2 yg derhaka. Bertaubat la.
Buat Abang yg aku sayangi. Semoga hidup abang akan bertambah ceria & bahagia dgn family. Bimbinglah isteri abang menjadi isteri yg berguna dan solehah. Aminnn...